Thursday, 9 February 2012

Wedding Photography - Khafiz dan Dayana

Satu lagi majlis berlangsung indah dan cukup sempurna.

Pengantin Lelaki: Mohd Nur Khafiz
Pengantin Perempuan: Dayana Farzeeha
Tarikh Nikah:17/12/2011
Tarikh Persandingan: 18/12/2011
Lokasi: Putrajaya
Pengantin lelaki yang merupakan rakan sepermainan memberi tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai OP untuk majlis bersejarah beliau.

Tugasan yang diberikan dibantu oleh Jabbar sebagai 2nd Phtotographer. Terima Kasih kepada beliau.


Berikut merupakan antara layout custom album dan juga photo book untuk mempelai ini.










Sekali lagi terima kasih diberikan kepada pengantin. Saya mendoakan kebahagian kalian sehingga ke hujung nyawa.

Wedding Photography - Shahridz dan Azimila

Akhirnya perkenalan dari alam persekolahan membawa mereka ke jinjang pelamin. Kepercayaan yang diberikan tidak dihampakan. Berikut adalah antara layout custom album mereka. 







Majlis yang berlangsung selama 2 hari - 9 dan 10 December 2011 di Pasir Gudang disempurnakan meriah, semoga ikatan cinta ini berkekalan, buat kamu berdua sahabatku...

terima kasih...

Monday, 31 October 2011

Kids Photography - Nur Shekha Qiftiah

Cuti deepavali dipergunakan untuk kids photography-satu bidang yang fotografi yang sangat baru bagi aku..

setelah lebih 10 minit memujuk, akhirnya adik Shekha memberikan respond yang baik.. terima kasih kepada mak nya, Puan Faizah yang berani memberi tanggunggjawab ini.


























Ditemani Jabbar, sesi fotografi ini bermula pada pukul 9.30 pagi di Hutan Bandar MPJBT dan berakhir pada pukul 11.00 pagi...

Majlis Resepsi Zam n Mira - Tenggaroh 2

Menjadi jurugambar perkahwinan untuk mereka berdua tidaklah terlalu membebankan kerana mereka berdua "sporting habis" melakukan aksi2 romantik di depan lensa.. Antara layout custom album mereka:

























thanks to Zam n Mira ('',) Semoga mahligai indah ini berkekalan hingga ke akhir hayat..

Anakku Aisy Nuraffrina Imani

Salam semua..
Alhamdulillah berpeluang lagi untuk menulis dan menambah perisa di dalam blog ini.

pada 4/9/2011, telah lahir seorang puteri, penyeri hidup kepada kami sekeluarga.

terima kasih kepada isteri tercinta...

antara gambar2 puteri sulong kami('',)

Beberapa minit selepas dilahirkan..















Berusia 2 hari selepas dilahirkan..











Nenek Salbiah..('',)



Ummi Norazlinda ('',)

Friday, 29 July 2011

Hairul Azlin & Nurul Adilla

Menjadi jurugambar untuk orang yang dikenali tidaklah begitu sukar, pasangan ini sangat romantik bila berdepan lensa kamera..
Hairul Azlin dan Nurul Adilla telah selamat di ijab kabulkan di rumah pihak perempuan, di Felda Nitar 02 pada 15/7/2011 dan majlis persandingannya pula pada 16/7/2011. Cuaca yang baik dan suasana yang meriah menambah seri majlis kedua mempelai ini.

antara gambar2 yang dirakam,








canon 7d+canon580exii+tamron17-50+canon50mm1.8

Tahniah kepada pengantin dan terima kasih kerana menggunakan khidmat saya..('',)

Monday, 27 June 2011

Outdoor Shooting

Akhirnya..
walaupun penat kerana pindah rumah x hilang lagi, aku tetap mengagahkan diri untuk meyiapkan tugasan ini. Setelah tertangguh akibat hujan pada majlis 05.06.2011 lepas, akhirnya aku berjaya mendapatkan pasangan bahagia ini untuk episod yang seterusnya.
Lokasi yang menjadi pilihan adalah Istana Abu Bakar Johor Bahru.. antara gambar2 "panas" pada hari tersebut..('',)