Sunday 10 March 2013

"Photographer Editing Studio" - Office fotonikahkahwin.com

Ketika awal pembabitan saya dalam dunia fotografi 4-5 tahun lepas, saya merasakan tiada keperluan untuk saya mengetahui mengenai editing process. Kenapa? Sebab pada masa itu saya merasakan jurugambar yang baik boleh terus dapat menghasilkan gambar yang baik dan bermutu, walaupun pada waktu itu dan kini pun gambar-gambar yang dihasilkan belum bermutu ('',)
Benar. Jurugambar yang berkelas tinggi mampu menghasilkan gambar berkualiti tanpa melibatkan teknik editing yang banyak, seperti menggunakan perisian adobe CS, Lightroom etc.

Tapi kamera tidak mampu menghasilkan layout custom album. Nah, terlihat disitu la pentingya.

Editing merupakan keperluan kepada jurugambar terutamanya dalam menghasilkan album. 
Apakah pula yang mendorong untuk menghasilkan karya bermutu, selain daripada ilmu? 

Suasana...

Suasana yang selesa memberikan impak yang ketara dalam process "editing". Komputer berkapasiti tinggi dan laju juga memberikan kelebihan dan bonus.

Menyedari hakikat itu, tindakan diambil demi menjaga dan menaik taraf kualiti karya.

Disini saya kongsikan bagaimana studio fotografi untuk fotonikahkahwin.com di naik taraf.

Awalnya, kawasan persekitaran yang tidak tersusun menyakitkan mata. - Barang hantaran telah dikeluarkan dari bilik. Klu x, memang kemas ('',)..


Ini pula bahagian dalaman bilik yang ada pada asalnya. Warna oren pula seakan tidak sesuai kerana terlalu menonjol.



Bagi menyegarkan warna bilik, kontra warna hitam putih telah menggantikan dinding oren.

Perabot telah di cat semula dengan warna putih. - Cuma langsir agak janggal masih berwarna hijau kan.. err agak2 celup dengan die warna hitam, orang rumah marah x.('',)













Kerusi yang berharga RM195 ini telah menggantikan kerusi kayu. Design bahagian belakang yang mengikut kontur belakang badan penting sebagai penyokong ketika bekerja - selain dari urutan dari orang rumah.

Dinding telah dihiasi dengan rak kayu dari SSF Home Deco Mart. Itik hijau ni pun dari SSF. 
Nampak lebih segar. Mungkin masih ada lagi yang boleh diisi di dinding. Gambar2 pengantin barangkali.






















Antara kelengkapan baru yang dibeli:
1.Penyaman Udara                                                  RM990.00
2. ACER Aspire AXC6000 + 20" LED monitor      RM1928.00
3. Printer  Canon E500                                           RM 238.00
3. Mesh Chair                                                        RM 195.00
4. Deco                                                                 RM 205.90

Kelengkapan yang di naik taraf:
1. Meja Belajar                                                 RM10 - CAT
2. Meja Makan                                                 RM10 - CAT
3. Rak Sisi                                                        RM 10 - CAT

Kos perbelanjaan yang kurang RM 4500.00, dan masa selama 3 hari yang dihabiskan untuk menghabiskan duit dan berpenat, amat berbaloi pada saya. ('',)

jumpa lagi.













Monday 27 August 2012

Semalam bepeluang untuk shoot model pengantin Aisha dan Sharill di Putra Height. Antara gambar2 yang menarik untuk dikongsi. Gambar diambil menggunakan lens CANON 50mm 1.8 II. Memang sangat berbaloi memilikinya, walaupun dengan harga yang murah.




Promosi Terbaru

Salam semua..sempena dengan musim perkahwinan yang akan berlangsung pada November dan December 2012 nanti, fotonikahkahwin.com menawarkan potongan harga yang istimewa untuk mempelai..

layari www.fotonikahkahwin.com

atau

terus menghubungi fairuz.aris di talian 0192997986..



**Tempahan untuk September telah penuh..terima kasih.

Sunday 25 March 2012

Flash Potraiture - With Zamrud II

Salam Ahad.
Hari ini kesinambungan dari kursus bersama Zamrud semalam. Banyak yang perkara mengenai editing yang dikongsikan, ternyata ilmu yang diberi sangat berguna untuk langkah aku seterusnya...

 ni adalah contoh editing yang menggunakan CS3.


Wednesday 21 March 2012

Potret - Bersama Trisno

Saya berpeluang untuk mengenali jurugambar ini,  antara jurugambar perkahwinan tersohor di Malaysia, Trisno Quatris.Siapa yang tidak mengenali dan ingin mengenali, silalah meng"google"..('',)
Thanks untuk segala ilmu yang dicurahkan, dan juga untuk lens yang dipinjamkan...arggggg aku keracunan..


Wedding Photography - Khafiz & Dayana

Pengantin Lelaki: Mohd Nur Khafiz
Pengantin Perempuan: Dayana Farzeeha
Tarikh Majlis: 25.2.2012
Lokasi:Hotel Timotel, Mersing

Ini merupakan majlis ketiga yang saya shoot untuk pasangan ini selepas majlis bertunang, dan juga nikah+sanding di Putrajaya lepas..

Bersandingan berlangsung pada waktu malam, sedikit sebanyak memberi cabaran buat saya..

berikut adalah antara gambaran majlis. Hampir keseluruhan gubahan adalah hasil tangan pengantin.. Dengar kata pengantin juga menyediakan perkhidmatan untuk bakal mempelai..klik sini..http://dkweddingtouch.blogspot.com




Sikit jek dulu...('',)

Wedding Photography - Farra & Ude

Pengantin Lelaki: Mohd Nor Aminudin b Jangi
Pengantin Perempuan: Farra Lisa bt Md Mahadi
Tarikh Nikah:16/3/2012
Tarikh Persandingan: 17/3/2012
Lokasi:Felda Nitar 02, Mersing Johor


Seperti juga pasangan lain yang bercinta, kasih sayang jelas terpancar ketika sesi fotografi outdoor dijalankan. Jelas mereka berdua ini adalah pasangan yang sangat bahagia, pastinya sesudah bergelar suami isteri... antara gambar2 ketika sesi pernikahan dan outdoor..
Debaran pengantin perempuan
Bapa pengntin perempuan



aku terima nikahnya
Alhamdulillah, sah...
malu...('',)
LOVE

Semoga berbahagia...