Monday, 31 October 2011

Kids Photography - Nur Shekha Qiftiah

Cuti deepavali dipergunakan untuk kids photography-satu bidang yang fotografi yang sangat baru bagi aku..

setelah lebih 10 minit memujuk, akhirnya adik Shekha memberikan respond yang baik.. terima kasih kepada mak nya, Puan Faizah yang berani memberi tanggunggjawab ini.


























Ditemani Jabbar, sesi fotografi ini bermula pada pukul 9.30 pagi di Hutan Bandar MPJBT dan berakhir pada pukul 11.00 pagi...

Majlis Resepsi Zam n Mira - Tenggaroh 2

Menjadi jurugambar perkahwinan untuk mereka berdua tidaklah terlalu membebankan kerana mereka berdua "sporting habis" melakukan aksi2 romantik di depan lensa.. Antara layout custom album mereka:

























thanks to Zam n Mira ('',) Semoga mahligai indah ini berkekalan hingga ke akhir hayat..

Anakku Aisy Nuraffrina Imani

Salam semua..
Alhamdulillah berpeluang lagi untuk menulis dan menambah perisa di dalam blog ini.

pada 4/9/2011, telah lahir seorang puteri, penyeri hidup kepada kami sekeluarga.

terima kasih kepada isteri tercinta...

antara gambar2 puteri sulong kami('',)

Beberapa minit selepas dilahirkan..















Berusia 2 hari selepas dilahirkan..











Nenek Salbiah..('',)



Ummi Norazlinda ('',)

Friday, 29 July 2011

Hairul Azlin & Nurul Adilla

Menjadi jurugambar untuk orang yang dikenali tidaklah begitu sukar, pasangan ini sangat romantik bila berdepan lensa kamera..
Hairul Azlin dan Nurul Adilla telah selamat di ijab kabulkan di rumah pihak perempuan, di Felda Nitar 02 pada 15/7/2011 dan majlis persandingannya pula pada 16/7/2011. Cuaca yang baik dan suasana yang meriah menambah seri majlis kedua mempelai ini.

antara gambar2 yang dirakam,








canon 7d+canon580exii+tamron17-50+canon50mm1.8

Tahniah kepada pengantin dan terima kasih kerana menggunakan khidmat saya..('',)

Monday, 27 June 2011

Outdoor Shooting

Akhirnya..
walaupun penat kerana pindah rumah x hilang lagi, aku tetap mengagahkan diri untuk meyiapkan tugasan ini. Setelah tertangguh akibat hujan pada majlis 05.06.2011 lepas, akhirnya aku berjaya mendapatkan pasangan bahagia ini untuk episod yang seterusnya.
Lokasi yang menjadi pilihan adalah Istana Abu Bakar Johor Bahru.. antara gambar2 "panas" pada hari tersebut..('',)

Sunday, 12 June 2011

Kursus EOS Canon- Kamarul Akhir

Kalau 2 minggu lepas berpeluang bersama otai "wedding", hari ini berpeluang untuk "mencuri" ilmu otai surat khabar. errr jurugambar akhbar. Kamarul Akhir @ KA.

Siapa Kamarul Akhir? korang google la sendiri. 9 tahun menjadi jurugambar Profesional untuk The Sun, ilmu yang ada dicurahkan kepada pemilik2 canon sekitar batu pahat.

berikut antara gambar yang diambil pada hari ini tanpa sebarang editing.(xtau nak edit..hehe)










Wedding Azli & Zuraidah - Pontian 05.06.11

Salam semua.

Saya berpeluang untuk menjadi jurugambar untuk pasangan bahagia Zuraidah dan Azli pada 05.06.2011 di Sanglang, Pontian. Hujan yang turun seawal jam 9.00 pagi tidak langsung menghalang saya untuk menjalankan tangungjawab yang di berikan.

Mereka berdua selamat di nikahkan pada pukul 11.00 pagi, dan majlis persandingan di langsungkan pada hari yang sama pada pukul 2.30 petang.

ni adalah satu editing gambar bersaiz 10" x 24", fisrt time ever saya berjaya menghasilkannya menggunakan photoshop ('',)...

thanks to Azli dan Zuraidah, selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia..sedetik selepas selamanya..